Thursday, 10 September 2009

Tuah umat Nabi Muhammad

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran Lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)

ANTARA tuah menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana adanya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ia (malam Lailatul Qadar) adalah satu malam daripada malam-malam pada setiap Ramadan.

Setiap orang berazam mahu berjumpa dengan malam berkenaan. Ada yang melihat dan mempercayai Lailatul Qadar itu berbentuk satu lembaga yang akan datang berjumpa individu tertentu dan boleh diminta apa sahaja yang dihajati.
Kerana itu ada yang mentradisikan pemasangan pelita di halaman rumah, terutama pada dan selepas 15 Ramadan, kononnya untuk menarik perhatian para malaikat Lailatul Qadar masuk ke rumah mereka.

Sebenarnya untuk masuk ke rumah sesiapa pun, malaikat tidak perlu ditarik dan diumpan (barangkali sama juga dengan disogok atau dirasuah) dengan pemasangan pelita, kerana gelap bagi kita (manusia) tidak semestinya gelap kepada para malaikat.
Lagi pun Lailatul Qadar itu sendiri adalah nama bagi suatu malam, bukannya nama bagi satu lembaga.

Lailatul Qadar yang mana dalam bentuk berkat dan kebergandaan pahalanya adalah khusus untuk kalangan yang beriman dan bertakwa sahaja.
Kepada yang tidak beriman dan tidak bertakwa, yang beragama Islam tetapi tidak sembahyang, yang banyak buat maksiat, kalau sembahyang pun pada hujung waktu atau secara ekspres atau pun bagi yang melakukan suruhan Allah dalam keadaan jahil. Jangankan dengan memasang pelita, kalau dipasang lampu limpah pun malaikat bertugas pada Lailatul Qadar tidak akan datang dan kebaikan satu malam yang menyamai 1,000 bulan tidak akan diperolehi.
Berusaha

Yang paling berpeluang mendapat keberkatan, faedah, untung, laba, keistimewaan dan tuah dari Lailatul Qadar ialah mereka yang sentiasa berusaha tanpa rasa jemu dan rasa putus asa meningkatkan kualiti iman dan taqwa, terutama yang melakukan kerja amal ibadah dan menjauhi segala kemungkaran semata-mata kerana Allah dan bukannya yang selain dari itu, termasuk bukan kerana mahu berjumpa dengan Lailtul Qadar.
Kalau mengharapkan kedatangan Lailatul Qadar dalam bentuk lelaki tua berpakaian serba putih dan juga berjanggut putih untuk diminta agar dipenuhi segala hajat, ia tidak mungkin akan jadi kenyataan, malah kepercayaan untuk bertemu Lailatul Qadar berwajah sedemikian itu sebenarnya ada unsur-unsur Kristianisme yang penganutnya akan tunggu Santa Claus pada malam hari Krismas.

Kebaikan
Hakikatnya mahu tidak mahu
kita yang masih hidup berpeluang bertemu dengan malam Lailatul-Qadar kerana ia adalah satu malam daripada malam-malam sepanjang Ramadan pada setiap tibanya Ramadan.
Macam mana pun perolehan kebaikan atau sama ada akan dipenuhi atau tidak hajat kita pada malam tersebut bergantung kepada jumlah amal ibadat, termasuk taubat nasuha dan doa yang dilakukan.

Dengan sekadar membaca Bismillah atau menyebut Allah pun pada malam berkenaan, nilainya akan lebih tinggi dari yang yang dibaca atau disebut pada malam dan hari-hari biasa. Bacaan dan sebutan pada Lailatul Qadar sama dengan bacaan atau sebutan 1,000 bulan.

Bagi yang hidup sentiasa dalam berzikir, bertasbih, bersedekah, sembahyang malam dan melakukan pelbagai amal kebajikan, pahala yang akan diganjarkan kepadanya akan sama dengan yang dilakukan dalam tempoh 1,000 bulan yang bersamaan dengan 76 tahun 10 bulan.
Maknanya kalau seseorang itu sejak mula akil baligh lagi sudah gigih, ketagih dan kemaruk beramal ibadat dan ia pula sempat hidup selama 63 tahun, maka setelah dikira dari umur balighnya pada usia 15 tahun, maka peluang untuknya mendapat pahala berganda pada malam Lailaul-Qadar ialah sebanyak 48 kali.

Jumlah kebaikan yang diperolehnya pula adalah bersamaan 1,000 bulan didarab dengan 48 kali, bermakna untuk ganjaran pahala dari malam Laillaul Qadar sahaja berjumlah 48,000 bulan, bersamaan dengan amalan yang dilakukan oleh 48 keturunannya.

Amat malanglah bagi yang beribadat secara sambil lewa, juga bagi yang hanya gigih, ketagih dan kemaruk bermusim dalam beribadat, termasuk hanya tunjuk kesungguhan pada bulan puasa dan pada malam-malam yang dijangka Lailatul Qadar.

Beribadat perlukan komitmen dan kena sentiasa berusaha tanpa rasa jemu, kecewa dan putus asa untuk meningkatkan kualiti dan tahap keimanan dan ketakwaan. Walaupun tamak bagi mengumpul kekayaan keduniaan tidak berapa digalakkan dalam Islam tetapi tamak untuk tingkatkan kualiti iman dan taqwa adalah digalakkan.

Teladani 10 akhir Ramadan Nabi

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kupasan ringkas hadis
Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)

Mengikat kainnya
Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah 'mengikat kainnya'.
Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah 'mengikat kainnya'.
Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

Menghidupkan malam harinya
Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.
Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

Membangunkan Ahli Keluarganya
Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.
Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.
Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta' menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!"

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan
l. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai harumanIbn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak". (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
lMencari lailatul qadr Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu". (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

2 Melakukan iktikafIktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid.
Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari". (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
3 Membanyakkan doaUlama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak". (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Sunday, 9 August 2009

Kurang Ajaqnya DAP

Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
**************************************************************************************
RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com)
Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.Comments (2)2 Comments »Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” PlatoComment by kn — August 6, 2009 @ 10:30Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !Wishing u and family miserable lives n deaths.Comment by Tulan Chin — August 6, 2009 @ 11:31